PEMBEKAL PERABOT PEJABAT & RAK PEJABAT
Penghantaran Terus Daripada Kilang
Emailkan pertanyaan anda di [email protected] atau Tel / Whatsapp : 012-346 1162
4 TIPS PEMILIHAN PERABOT PEJABAT
Sepertinya yang kita akui, kakitangan pejabat akan menghabiskan berjam-jam masa sehari di pejabat. Penat, mengantuk, lenguh tulang, lenguh tangan dan kebas kaki adalah aduan biasa dari mereka.
Memilih perabot yang betul sama pentingnya seperti memilih jenis pejabat yang betul. Ia bukan sahaja menyumbang kepada keselesaan, bahkan ia juga memberi kesan kepada produktiviti kakitangan syarikat.
Sama ada anda hendak menubuhkan ruang pejabat yang korporat, profesional atau pejabat rumah kecil (SOHO), terdapat beberapa pertimbangan tertentu untuk menyediakan perabot pejabat yang betul.
Kami kongsikan 4 TIPS untuk diingat;

TIPS 1 :
MEMBUAT SENARAI ASAS KEPERLUAN PEJABAT ANDA Sebelum kita mula memikirkan perabot pejabat apa yang perlu dibeli, buatlah dulu senarai terperinci barangan asas yang penting dalam sebuah pejabat. Barangan asas ini ialah seperti komputer, faks, pencetak, telefon, storan fail, dan sebagainya. Langkah seterusnya, tanya soalan pada diri kita: • Bagaimana kita hendak menyusun alatan asas ini? • Apa jenis perabot yang perlu kita ada untuk menyusun alatan ini? Keperluan perabot pejabat sesebuah syarikat berbeza mengikut jenis perniagaan. Sebagai contoh, Jika anda seorang artis grafik, anda mungkin memerlukan ruang untuk komputer dan meja pejabat yang lebih besar, atau ruang kerja untuk karya seni anda. Jika anda seorang konsultan, anda mungkin memerlukan ruang tambahan untuk mengunci kabinet fail untuk melindungi dokumen sensitif, dan sudut untuk bertemu dengan pelanggan. |
|
TIPS 2 :
FLEKSIBILITI & PERABOT MULTI-FUNGSI Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah fleksibiliti dan multi-fungsi perabot. Perabot dengan pelbagai fungsi selalu menjadi pilihan yang lebih baik. Adakah meja anda mempunyai simpanan untuk fail? Bolehkah anda meregangkan kaki anda di bawah meja anda? Adakah kakitangan cukup selesa untuk bekerja? Jika jawapan anda adalah ya, maka anda telah membuat pelaburan bijak. |
TIPS 3 :
SAIZ & RUANG Adalah perkara yang asas untuk membeli size perabot mengikut size keluasan pejabat kita. Membeli perabot 'oversize' menjadikan ruang pejabat kita lebih sempit dan kesukaran untuk bergerak dengan bebas. Di sebelah kanan gambar, adalah satu contoh gambar workstation pejabat yang lengkap dan minimalis. Jika ruangan pejabat kita terhad, pilihlah perabot multi-fungsi seperti yang diterangkan dalam TIPS 2. |
TIPS 4 :
PILIH PERABOT YANG MENCERMINKAN GAYA IDENTITI SYARIKAT ANDA Kini anda menjadi kreatif. Pilih perabot yang mencerminkan gaya anda. Adakah anda mencari sesuatu yang tradisional atau kontemporari? Perabot kayu mempunyai rasa yang lebih tradisional, sementara kepingan keluli dan kaca lebih moden dan industri. ATAU, untuk persekitaran mengikut arus-semasa, pertimbangkan gabungan bahan-bahan ini. |
|
LATAR BELAKANG KAMI
Kami merupakan pembekal perabot pejabat berpengalaman sejak tahun 1999 lagi. Kami membekalkan banyak jenis perabot pejabat untuk keperluan Asrama, Hotel, Homestay, Badan Kebajikan, Yayasan Tahfiz, Hospital dan pejabat rumah (SOHO). Pelbagai jenis perabot pejabat boleh dibekalkan dengan pelbagai pilihan, kesesuaian & juga bajet kewangan anda. Sila layari MENU produk kami untuk mengetahui jenis-jenis perabot pejabat dan spesifikasi.
Secara umumnya, kami mempunyai 2 pakej harga untuk semua perabot pejabat kami iaitu;
1. Jenis Eksklusif : Seperti material tapak atau kaki meja diperbuat daripada besi, gentian kaca atau kemasan dari formaica lebih keras dan tebal. Sesuai untuk pelanggan yang mempunyai bajet yang tinggi dan mementingkan persekitaran nampak lebih eksklusif dan berciri moden.
2. Jenis Ekonomi : Hampir keseluruhan perabot diperbuat daripada kayu. Ciri-cirinya lebih klasik.

Kami juga merupakan pembekal perabot pejabat untuk semua jenis meja pejabat jenis 'custom-made' iaitu boleh dibuat mengikut kehendak pengguna. Jika anda keliru memilih perabot pejabat yang bersesuaian dengan anda, sila hubungi kami untuk khidmat nasihat percuma. Kami sedia untuk membuat lawatan tapak, memberi cadangan mengikut bajet dan juga boleh memberi cadangan size & material meja pejabat yang sesuai di tempat anda.
Emailkan pertanyaan anda di [email protected] atau Tel / Whatsapp : 012-346 1162