4 TIPS PEMILIHAN PERABOT PEJABATSepertinya yang kita akui, kakitangan pejabat akan menghabiskan berjam-jam sehari di pejabat. Penat, mengantuk, lenguh tulang, lenguh tangan dan kebas kaki adalah aduan biasa dari mereka. Memilih perabot yang betul sama pentingnya dengan memilih jenis pejabat yang betul. Ia bukan sahaja menyumbang kepada keselesaan, ia juga memberi kesan kepada produktiviti kakitangan syarikat. Sama ada anda hendak menubuhkan ruang pejabat yang korporat profesional atau pejabat rumah kecil, terdapat pertimbangan tertentu untuk menyediakan perabot pejabat yang betul. Kami kongsikan 4 TIPS untuk diingat; TIPS 1 : MEMBUAT SENARAI ASAS KEPERLUAN PEJABAT ANDA Sebelum kita mula memikirkan perabot pejabat apa yang perlu dibeli, buatlah dulu senarai terperinci barangan asas yang penting dalam sebuah pejabat. Barangan asas ini ialah seperti komputer, faks, pencetak, telefon, storan fail, dan sebagainya. Langkah seterusnya, tanya soalan pada diri kita: • Bagaimana kita hendak menyusun alatan asas ini? • Apa jenis perabot yang perlu kita ada untuk menyusun alatan ini? Keperluan perabot sesebuah syarikat berbeza mengikut jenis perniagaan. Sebagai contoh, Jika anda seorang artis grafik, anda mungkin memerlukan ruang untuk komputer dan meja yang lebih besar, atau ruang kerja untuk karya seni anda. Jika anda seorang perunding, anda mungkin memerlukan ruang tambahan untuk mengunci kabinet fail untuk melindungi dokumen sensitif, dan sudut untuk bertemu dengan pelanggan. TIPS 2 : FLEKSIBILITI & PERABOT MULTI-FUNGSI Perkara seterusnya yang perlu dipertimbangkan ialah fleksibiliti dan fungsi perabot. Perabot dengan pelbagai fungsi selalu menjadi pilihan yang lebih baik. Adakah meja anda mempunyai simpanan untuk fail? Bolehkah anda meregangkan kaki anda di bawah meja anda? Adakah kakitangan cukup selesa untuk bekerja? Jika jawapan anda adalah ya, maka anda telah membuat pelaburan bijak. TIPS 3 : SAIZ & RUANG Adalah perkara yang asas untuk membeli size perabot mengikut size keluasan pejabat kita. Membeli perabot 'oversize' menjadikan ruang pejabat kita lebih sempit dan kesukaran untuk bergerak dengan bebas. Jika ruangan pejabat kita terhad, pilihlah perabot multi-fungsi seperti yang diterangkan dalam TIPS 2. TIPS 4 :
PILIH PERABOT YANG MENCERMINKAN GAYA IDENTITI SYARIKAT ANDA Kini anda menjadi kreatif. Pilih perabot yang mencerminkan gaya anda. Adakah anda mencari sesuatu yang tradisional atau kontemporari? Perabot kayu mempunyai rasa yang lebih tradisional, sementara kepingan keluli dan kaca lebih moden dan industri. ATAU, untuk persekitaran mengikut arus-semasa, pertimbangkan gabungan bahan-bahan ini.
0 Comments
|
FUZI DREAM FURNITURE INDUSTRIES SDN BHDDitubuhkan semenjak 1991 menjadi pembekal utama untuk perabot pejabat, pejabat asrama & perabot sekolah Posting :Categories |